Penyakit Buasir

Jangan Terlalu Risau Dengan Penyakit Buasir

risau

Masalah Buasir?

Kesakitan yang tak tertahan?

Perlukan Bantuan?

buasirPenyakit bawasir merupakan suatu penyakit yang sangat umum dan tidak terhad kepada jantina tertentu, di mana 53.9% antara golongan lelaki menghidapi penyakit ini, dan golongan wanita mencatatkan peratusan yang lebih tinggi. Seandainya anda berdarah semasa buang air besar, ataupun terasa ada sesuatu yang terkeluar dari bahagian dubur, atau ada benda bengkak yang sakit dan merembes di bahagian dubur, anda kemungkinan besar sudah menghadapi masalah penyakit bawasir.

Petanda awal penyakit bawasir yang utama ialah berdarah ketika berberak, jumlah darah mungkin kurang atau banyak, tetapi tidak terasa sakit. Selagi penyakit ini berlarutan, badan mungkin akan dalam keadaan anaemia ( kurang darah ), pening kepala, bernafas pendek dan tenat. Pada peringkat pertengahan penyakit ini, hujung bawasir akan terkeluar daripada bahagian dubur semasa buang air besar dan masuk semula secara automatik selepas itu. Pada peringkat akhir penyakit ini, hujung bawasir tidak akan masuk semula lagi, sebaliknya perlukan bantuan tangan untuk menolak masuk, ataupun kena berehat agak lama baru boleh masuk semula. Dalam kes yang lebih serius, hujung bawasir akan terkeluar bila-bila masa ketika berbatuk, bekerja kuat atau bersenaman. Pesakit akan berasa kurang selesa kerana rembesan bawasir.

sakit buasir yang tak tertahan

sakit buasir yang tak tertahan

Pada asasnya, masalah penyakit bawasir agak merbahaya kepada kesihatan orang ramai, dan memang diambil berat oleh para pihak. Walau bagaimanapun, para pesakit bawasir juga tidak perlu terlampau bimbang, asalkan langkah-langkah rawatan diambil pada peringkat awal, pada umumnya dapat mengelakkan penyakit itu daripada menjadi lebih parah.